Assalamualaikum...
Seperti kebiasaan.. bulan 12 boleh dikatakan akan hujan setiap hari.. tak kira pagi ataupun petang. Maksudnya kalau hujan tak turun pagi, petang akan hujan..
Sempena hari2 hujan mcm ni.. nak buat apa pun malas kan.. tp teringin plak nak makan sup cendawan.. godek punya godek. dah jumpa resepi yang mudah dan senang..
Resepi ni dapat dari http://dakaraai.blogspot.com ni untuk buat dalam kuantiti yang banyak. Memandangkan daku makan pun cuma sorg so main agak je la kan..
bahan bahan:-
cendawan butang yang dalam tin (1 tin), dicincang halus
susu segar 1 liter (tapi aku cuma pakai 3/4)
cube ayam 2 paket
butter 3 sudu
tepung gandum 2 cawan (larutkan dalam air)
air 3 tin (sukat pakai tin cendawan) garam, pepper secukup rasa
aji no moto *optional
cara - cara:
1. dalam periuk, cairkan butter. pastikan api kecil, nanti butter hangus.
2. masukkan cendawan, tumis cendawan sampai creamy. lebih kurang 5-7 minit.
3. then masukkan susu. bagi dia reneh sekejap, lepas tu masukkan air.
4. masuk cube ayam, letak garam dan pepper secukup rasa.
5. agak agak rasa dah okay, masukkan larutan tepung gandum. kacau perlahan lahan.
6. then renehkan lagi sampai la pekat. kalau agak agak macam tak nak pekat je sup tu, tambah lagi tepug gandum.
7. siap, bolehlah dimakan dengan roti atau enak juga dimakan begitu saja. kacau perlahan lahan.
8. then renehkan lagi sampai la pekat. kalau agak agak macam tak nak pekat je sup tu, tambah lagi tepung gandum.
9. siap, bolehlah dimakan dengan roti atau enak juga dimakan begitu saja.