Pages

Wednesday, October 12, 2016

Telah Ku Tawan: Nuluh Lapai, Lapasan

Assalamualaikum...

Entry kali ni kisah Bukit Nuluh Lapai (NL). Selepas semput kat Bukit Tirig, kali ni kami plan uji kekuatan plak kat trail Bukit Nuluh Lapai. Sempena Hari Sukan Negara, hiking pun boleh di anggap sukan juga kan.. 

Jalan masuk ke bukit tu betul-betul berdepan dengan Restoran Gayang Seafood, Tuaran. Tempat letak kereta memang xda disediakan.. So main park kat tepi jalan jak la.. 

Selesai park kereta, kami pun melintas ke laluan NL.
Ada 3 laluan untuk sampai ke puncak NL ni, 1 lagi tu Ina x tau kat mana masuk dia. 2 laluan dekat ngan tayar ni.. tapi kami ikut laluan biasa sebab laluan 1 tu lagi berair sedikit. Cukup la peluh jak yang kasi basah kan.. 

Sebelum mendaki, photo-photo dulu ya..

Plastik sampah pun disediakan. Jaga la kebersihan ya..
Dekat tayar tu ada disediakan tongkat sakti yang sangattttt berguna sepanjang pendakian.. dah nama pun tongkat sakti.. hehehe. Sebab tali dan tangga belum ada lagi ye..  

pilih la tongkat yang kukuh ye.. 

View half way.. 

Halangan di NL ni, banyak akar pokok yang besar-besar, ada juga beberapa pokok yang tumbang dan menyukarkan lagi pendakian.. Jadi sila berhati-hati ya.. 


maka bermula la...

Pokok tumbang, curam juga ni

Kali ni, budak ni plak pancit

Akhirnya sampai...

Di sini ku berdiri

100 plus tu ada jual kat puncak ya... x larat kami nak punggah air tin sampai puncak.. 

Kali ni perjalanan naik, sesi bergambar kat puncak dan turun selama 1 jam 16 minit.
Sekian report kali ni..
Lepas ni agak-agak bukit mana lagi ya...






Thursday, October 6, 2016

Telah Ku Tawan: Bukit Tirig, Kg Lapasan

Assalamualaikum, 

Hahahaa.... rasa nak gelak jak bila ingat 2.10.2016. Semangat berkobar-kobar nak slimkan badan tapi masih juga lemak-lemak tepu tu tak nak berpisah dari badan. 
Soooo.....

sebagai permulaan ni, kita daki bukit yang dekat-dekat jer la ye... Bukit pertama jadi pilihan, Bukit Tirig alasan dia sebab cousin tau jalan kononnya.. tapi bila sampai cna sesat juga gara-gara google maps balik-balik suruh U-turn.. Padahal memang betul suda jalan cuma perlu cari tempat parking jak lagi..

Dah sampai, jom cuci mata dengan suasana kat cna ya... 



Muka baru sampai, penuh semangat

Gambar dan photo-photo aja.. warm up trus lupa

Jalan sikit gambar lagi, jalan lagi kita photo duluan, belum separuh sudah rasa nak pitam... Nampak sangat stamina tak cukup kan (punca sebenarnya perut full, sebelum mendaki, sempat makan burasa sama ayam goreng lagi sebelum berangkat). 

Perjalanan naik bukit Tirig ni, makan masa 30-40 minit kalau santai-santai jerr ok. Kalau yang berlari-lari tu mungkin 25 minit suda sampai.. 


5 minit pertama suda trek macam ini...

budak risau badan tinggal tulang bila sampai puncak!!!

muka paling awal sampai
Bukti, Ina pun sampai juga ok!!!


Bendera penguat semangat, bila tengok bendera jer tau la tu dah nak sampai.. hahaha



Alhamdullilah, semuanya selamat sampai.. walaupun Ina sampai paling last. Hahaha... tercapai juga hajat nak hiking dlm tahun 2016 ni.. Insya Allah kita hiking lagi bukit-bukit lain lepas ni...

Berbaloi sangat-sangat penat lelah sepanjang perjalanan.. 

Selamat tinggal Bukit Tirig!!!!

umur panjang kita jumpa lagi......

Wednesday, October 5, 2016

Photobook Pertama dengan Photobook Malaysia

Assalamualaikum...

Salam 1 Malaysia dan rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan Salam Maal Hijrah 1438H pada 3.10.2016 yang lepas..

Bulan September yang lalu, Ina ada la terbeli photobook dari Groupon. Sebenarnya tahun lepas lagi pernah beli sampai 3 kupon tapi expired sebelum diguna... sebab masa beli tu masih sibuk dengan kelas, assignment dan final exam.. Nasib la free jer hahaha kalau tak memang nangis darah la jawabnya.

Kali ni pun sama juga promotion dia 6" X 6" Mini Square : 40 Page Personalised Softcover Photobook berharga RM0. Mana tak gatal jari-jemari ni nak klik BUY 
Hahahaa...



Lepas dah beli tu, mula la fikir gambar apa nak letak.. Ditakdirkan family Ina ni semuanya hantu gambar.. bila nak bergambar tak ada yang sudi jadi Jurugambarnya... 

Fikir punya fikir... Ina pun try la dengan gambar day trip ke Desa Dairy Farm. 1st Ina download software dulu baru senang nak edit bila-bila masa free... Gambar bleh letak seberapa banyak yang kita suka cuma page saja yang terhad kepada 40 page. 

Process add and edit photo
Selesai edit, Ina cuma perlu bayar RM12 untuk postage kepada Photobook Malaysia. Penghantaran sangat superb, hari Selasa upload, hari Jumaat pd minggu yang sama sampai.. Kualiti gambar, puashati dan sekarang tengah tunggu photobook ke-2 dan ke-3 (yang ni try Pixajoy plak).

Dah sampai...
Korang pun bleh la try buat sendiri.. lagipun harganya lebih murah dari cuci gambar sekeping-sekeping terutama macam family Ina yang sangat suka bergambar.. 
hahahaha
Sekian dulu kisah kali ni.. 

******************************************************************************
Note : Semua gambar dalam Photobook ni, Ina cuma gunakan camera dari handphone jer..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...