Pages

Friday, September 18, 2015

Bayar Yuran Pengajian guna KWSP

Assalamualaikum..... ^_^ !!



Apa kabar semua, beberapa hari ni busy juga la dengan kelas, nak cari supervisor lagi untuk Research Projek lagi, dengan yuran lagi... 

Fikir pasal yuran, bikin hati tak tenang jak bila memikirkan GUGUR TARAF (GT), untuk pelajar UiTM tau la kan GT tu apa... Ada la juga apply Mymaster (Mybrain15) tapi terlalu lambat sangat prosesnya...

Dan... disebabkan takutkan GT... Ina pun cuba la nak bayar yuran dengan guna KWSP yang seciput tu...

Mula-mula Ina g Bhgn Kewangan dulu, nak minta surat pengesahan bayaran yuran.. Tapi bila sampai cna, pakcik tu bgtau yang bleh buat permohonan dalam student portal... sakitnya hati... 
kalau tau awal bleh buat kat rumah jak dan direct trus ke KWSP... huhuhu...
Bagi sesiapa yang nak buat lepas ni.. masuk jak dalam student portal OK.. 
masuk dlm bhgn FINANCIAL klik E KWSP.. 
lepas tu tik kat yuran yang kita nak bayar kemudian jana dan cetak.. 
surat tu akan keluar macam kat bawah ni..

Selain surat pengesahan bayaran yuran, 
untuk pengeluaran kali pertama, kita kena sediakan surat tawaran, copy IC dan supporting dokumen yang lain. 
Ina hari tu pergi KWSP, Shah Alam... Ambik borang, isi dan ambik nombor.
Kat kaunter sekejap jer... Janji dokumen semua ada..
selepas tu pegawai KWSP akan keluarkan satu slip permohonan percubaan pertama - lulus

so, sekarang Ina masih lagi menunggu status BELUM BAYAR dalam portal.. hehehe

InsyaAllah, semuakan akan berjalan lancar.. Doakan Ina ye... 


Monday, September 7, 2015

Assalamualaikum w.b.t

Fuhhhhh... agak berhabuk juga belog ni kan...

bukan tak ada masa, cuma MALAS jer yang lebih hahaha.....
August yang lepas Ina baru jak bergelar unofficially graduated Bachelor Degree dari UiTM
sbb tu la busy memanjang 

dan sekarang pula lagi busy dari sebelum ni...
sebabnya Ina sambung buat master lagi... 

InsyaAllah... sepanjang perjalanan master kali ni Ina akan share untuk ingatan diri sendiri dan juga kengkawan yang masih blur tentang postgraduate studies ni..




Buat masa ini, Ina masih belum dah dapat kad pelajar tapi belum sah lagi status pelajar disebabkan masalah dengan pendaftaran hari tu.. dokumen transkrip tak lengkap di bawa masa pendaftaran... huhuhu... 

Doakan esok segala-segalanya dah selesai memandangkan rabu ni ada perjumpaan pelajar baru dengan Head of Center Postgraduate Studies... 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...