Pages

Sunday, November 13, 2016

Telah Ku Tawan: Bukit Merah, Karambunai

Salam 1Malaysia dan selamat pagi......

Alhamdulillah masih diberi kesempatan kita untuk bernafas dan meneruskan perjuangan hari ni..
Agak lama juga kan Ina nda g hiking, hujan, kelas dan macam-macam lagi.. 
Tapi semangat tu masih ada ok. sebab tu la kali ni bukit pilihan 

Bukit Merah, Karambunai

Thanks to kaki panda sebab share jalan mau pegi cna, nda la pusing-pusing mencari kan..
cuma kalau selepas lalu gerbang masuk karambunai tu trail bukit dia di sebelah kiri dalam 2-3 minit dari gerbang. Cari jak tayar tepi jalan tu.. parking macam biasa la, tepi jalan jak...

Nasib juga la rumah nenek semuanya dekat dengan kawasan hiking, bleh jadikan aktiviti riadah family plus buang lemak-lemak tepu di badan kan... Sihattt sangat (tapi sampai rumah makan nasi sama tinggi bukit).

Ok, seperti biasa.. kita foto-foto dulu ya..
kali ni group hiking bertambah suda.. makin meriah la jadinya...

Jalan masuk dia, tu naa di belakang kamiorg.. macam nda pernah dimasuk orang jak rupa dia..


Gang budak-budak

Suda masuk sikit baru la ada nampak trail dia.. kami bernasib baik nda hujan sepanjang perjalanan.. sebab kalau hujan, makin susah la jalan dia sebab tanah merah kan.. nama bukit pun bukit merah.. Hahaha...


Nasib ada tali...

Masa turun kena extra careful ni.. silap langkah boleh bikin sakit badan juga ni


Kalau nampak tanda ni, boleh senyum-senyum kambing suda.. sbb mau sampai puncak suda hahaha


yang paling bergaya tu la yang paling last sampai

Muka happy sampai puncak...
Perjalanan naik dan turun cuma makan masa 30-40 minit jak kalau yang jalan-jalan santai mcm Ina la hahaha.. selalu sangat jadi orang terakhir sampai (alasan sebab menikmati flora dan fauna la kan plus gambar-gambar dulu)

Sepatutnya bukit ni dulu kami daki sebelum naik bukit lain... huhuhuhu

Mana nda masa hiking Bukit Tirig tu kapus-kapus.

sekian la cerita hiking kali ni, next trip belum tau lagi di mana.. 

Kbaiiiiii.... 
(^____^)V


Wednesday, October 12, 2016

Telah Ku Tawan: Nuluh Lapai, Lapasan

Assalamualaikum...

Entry kali ni kisah Bukit Nuluh Lapai (NL). Selepas semput kat Bukit Tirig, kali ni kami plan uji kekuatan plak kat trail Bukit Nuluh Lapai. Sempena Hari Sukan Negara, hiking pun boleh di anggap sukan juga kan.. 

Jalan masuk ke bukit tu betul-betul berdepan dengan Restoran Gayang Seafood, Tuaran. Tempat letak kereta memang xda disediakan.. So main park kat tepi jalan jak la.. 

Selesai park kereta, kami pun melintas ke laluan NL.
Ada 3 laluan untuk sampai ke puncak NL ni, 1 lagi tu Ina x tau kat mana masuk dia. 2 laluan dekat ngan tayar ni.. tapi kami ikut laluan biasa sebab laluan 1 tu lagi berair sedikit. Cukup la peluh jak yang kasi basah kan.. 

Sebelum mendaki, photo-photo dulu ya..

Plastik sampah pun disediakan. Jaga la kebersihan ya..
Dekat tayar tu ada disediakan tongkat sakti yang sangattttt berguna sepanjang pendakian.. dah nama pun tongkat sakti.. hehehe. Sebab tali dan tangga belum ada lagi ye..  

pilih la tongkat yang kukuh ye.. 

View half way.. 

Halangan di NL ni, banyak akar pokok yang besar-besar, ada juga beberapa pokok yang tumbang dan menyukarkan lagi pendakian.. Jadi sila berhati-hati ya.. 


maka bermula la...

Pokok tumbang, curam juga ni

Kali ni, budak ni plak pancit

Akhirnya sampai...

Di sini ku berdiri

100 plus tu ada jual kat puncak ya... x larat kami nak punggah air tin sampai puncak.. 

Kali ni perjalanan naik, sesi bergambar kat puncak dan turun selama 1 jam 16 minit.
Sekian report kali ni..
Lepas ni agak-agak bukit mana lagi ya...






Thursday, October 6, 2016

Telah Ku Tawan: Bukit Tirig, Kg Lapasan

Assalamualaikum, 

Hahahaa.... rasa nak gelak jak bila ingat 2.10.2016. Semangat berkobar-kobar nak slimkan badan tapi masih juga lemak-lemak tepu tu tak nak berpisah dari badan. 
Soooo.....

sebagai permulaan ni, kita daki bukit yang dekat-dekat jer la ye... Bukit pertama jadi pilihan, Bukit Tirig alasan dia sebab cousin tau jalan kononnya.. tapi bila sampai cna sesat juga gara-gara google maps balik-balik suruh U-turn.. Padahal memang betul suda jalan cuma perlu cari tempat parking jak lagi..

Dah sampai, jom cuci mata dengan suasana kat cna ya... 



Muka baru sampai, penuh semangat

Gambar dan photo-photo aja.. warm up trus lupa

Jalan sikit gambar lagi, jalan lagi kita photo duluan, belum separuh sudah rasa nak pitam... Nampak sangat stamina tak cukup kan (punca sebenarnya perut full, sebelum mendaki, sempat makan burasa sama ayam goreng lagi sebelum berangkat). 

Perjalanan naik bukit Tirig ni, makan masa 30-40 minit kalau santai-santai jerr ok. Kalau yang berlari-lari tu mungkin 25 minit suda sampai.. 


5 minit pertama suda trek macam ini...

budak risau badan tinggal tulang bila sampai puncak!!!

muka paling awal sampai
Bukti, Ina pun sampai juga ok!!!


Bendera penguat semangat, bila tengok bendera jer tau la tu dah nak sampai.. hahaha



Alhamdullilah, semuanya selamat sampai.. walaupun Ina sampai paling last. Hahaha... tercapai juga hajat nak hiking dlm tahun 2016 ni.. Insya Allah kita hiking lagi bukit-bukit lain lepas ni...

Berbaloi sangat-sangat penat lelah sepanjang perjalanan.. 

Selamat tinggal Bukit Tirig!!!!

umur panjang kita jumpa lagi......

Wednesday, October 5, 2016

Photobook Pertama dengan Photobook Malaysia

Assalamualaikum...

Salam 1 Malaysia dan rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan Salam Maal Hijrah 1438H pada 3.10.2016 yang lepas..

Bulan September yang lalu, Ina ada la terbeli photobook dari Groupon. Sebenarnya tahun lepas lagi pernah beli sampai 3 kupon tapi expired sebelum diguna... sebab masa beli tu masih sibuk dengan kelas, assignment dan final exam.. Nasib la free jer hahaha kalau tak memang nangis darah la jawabnya.

Kali ni pun sama juga promotion dia 6" X 6" Mini Square : 40 Page Personalised Softcover Photobook berharga RM0. Mana tak gatal jari-jemari ni nak klik BUY 
Hahahaa...



Lepas dah beli tu, mula la fikir gambar apa nak letak.. Ditakdirkan family Ina ni semuanya hantu gambar.. bila nak bergambar tak ada yang sudi jadi Jurugambarnya... 

Fikir punya fikir... Ina pun try la dengan gambar day trip ke Desa Dairy Farm. 1st Ina download software dulu baru senang nak edit bila-bila masa free... Gambar bleh letak seberapa banyak yang kita suka cuma page saja yang terhad kepada 40 page. 

Process add and edit photo
Selesai edit, Ina cuma perlu bayar RM12 untuk postage kepada Photobook Malaysia. Penghantaran sangat superb, hari Selasa upload, hari Jumaat pd minggu yang sama sampai.. Kualiti gambar, puashati dan sekarang tengah tunggu photobook ke-2 dan ke-3 (yang ni try Pixajoy plak).

Dah sampai...
Korang pun bleh la try buat sendiri.. lagipun harganya lebih murah dari cuci gambar sekeping-sekeping terutama macam family Ina yang sangat suka bergambar.. 
hahahaha
Sekian dulu kisah kali ni.. 

******************************************************************************
Note : Semua gambar dalam Photobook ni, Ina cuma gunakan camera dari handphone jer..




Monday, July 11, 2016

Pengalaman Master Mixmode Tahun Pertama

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua...

Rasanya semua pun sedia maklumkan yang Master ni terbahagi kepada 3 bahagian:
1. Master by Research (x perlu hadir kelas, sepenuhnya penyelidikan)
2. Master by coursework (sama mcm 1st degree dan kena buat research juga mcm Final Year Project)

dan yang terakhir Master by Mix mode (1 sem kena hadir kelas dan sem seterusnya buat research)

Bermacam-macam rasa yang dilalui sepanjang bergelar pelajar postgraduate... 
Pahit, Manis, Masam, Masin... semuanya bercampur-baur... paling slalu rasa.. 
nak GIVE UP!!

Tapi....

Bila ingat balik tujuan smbg bljr ni... 
Kuat la balik semangat... 
Ok, dah jauh Cik Ina kita ni melalut... 

UiTM DIHATIKU... 

kenapa????

Sbb Ina dari Diploma, Ijazah sampai la ke Master.. sepenuhnya kat UiTM.

Ironinya lagi.. Dip dan 1st degree kat UiTM, Kota Samarahan, Sarawak. Tu pun lama tunggu... Dip grade tahun 2006 then ambik 1st degree tahun 2012.

alhamdulillah.... tercapai juga hajat nak smbg bljr walaupun sgt lama terpendam.

utk master ni plak Ina dpt kat UiTM, Shah Alam. Antara cabaran masa tahun pertama kat cna...

1. Menyesuaikan Diri 

Sblm tiba di cna lagi dah sibuk cari rumah sewa yang dekat dengan kampus. Nasib baik la, selain Ina ada 2 org lagi classmate degree yg sama smbg bljr.. jadi kami berkongsi la sewa 1 bilik. Lepas settle hal rumah, transport plak.. kena la bljr mcm mana nak g ke kampus. kena la rajin2 tanya ngan senior yg dah lama kat cna.. selagi bleh dapat bas free kita naik la yg free kannn... Hidup sbg pljr kena pandai berjimat-cermat. 

2. Cari Tajuk Research

Selesai mendaftar, maka bermula la kehidupan sbgi pljr lagi.. dengan assignment, quiz, test, final exam dll... Tapi itu semua hanya la di semester 1, semester 2 dah x perlu nak fikir semua tu lagi... kita dah boleh fokus sepenuhnya dengan research project.. Ina ingat lagi, masa dlm kelas ada 5 subject yg kena ambik masa sem 1.. dan setiap kelas tu dikaitkan dengan research project yg kita nak buat.. So kengkawan, yang nak buat master tu kena fikir awal2 Tajuk Research ye.. sbb setiap kelas akan ditanya research nanti nak buat apa??

3. Kekuatan Mental dan Fizikal

Di awal kelas ingatkan lebih kurang jer situasinya ngan masa degree dulu.. Rupa-rupanya jauh berbeza juga la.. skrg ni kelas kurang tapi assessment bnyk plak. Dah tu plak grade kena jaga.. dulu bleh jer lepas ngan C skrg paling kurang pun B. Dugaan Ina paling berat bila kena REPEAT DEFENSE PROPOSAL dan masa tuk betulkan semuanya cuma 2 minggu, plus dengan assignment dan presentation yang nak kena buat pada hari yang sama ngan tarikh repeat tu... Masa tu mmg terasa diri ini lemah sangat. Tidur mmg x pernah cukup, kelam kabut sangat masa tu. Tapi segalanya berjalan lancar juga walaupun awalnya mmg serabut. Alhamdulillah, sokongan kawan-kawan, keluarga dan keyakinan kita pada pencipta membuatkan Ina kuat pada masa tu. 

Segala pengalaman tu, tersimpan rapi di dalam kantung minda.. semoga ianya menjadikan diri ini lebih kuat bila mengharungi dugaan. Setiap yang berlaku tu ada hikmahnya.. dan sekarang Ina dah masuk semester 2, Insyaallah dengan keberkatan dari nya mudah-mudahan segalanya berjalan lancar.. Amin.....

Doakan Ina yerr... 

Sekian dulu warkah kali ini...

















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...